7 TIPS PENJAGAAN WAJAH YANG WAJIB WANITA TAHU

Selasa, Oktober 02, 2018

7 TIPS PENJAGAAN WAJAH YANG WAJIB WANITA TAHU





1. BERSIHKAN SISA MAKEUP
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah menghilangkan semua sisa mekap dan juga kotaran yang melekat di wajah. Cara yang paling mudah, gunakan ‘make-up remover’.
Jika mahu menggunakan bahan semulajadi, boleh juga anda gunakan air mawar kerana ia bersifat sebagai pembersih semulajadi. Gunakan kapas lembut sehingga semua kotoran dan sisa-sisa mekap itu hilang.


2. PENCUCI MUKA
Pastikan anda mencuci kulit wajah setiap hari pada waktu malam selepas seharian menggunakan alat solekan. Pada waktu pagi, elakkan mencuci wajah dengan pencuci muka, cukup sahaja dengan percikan air suam mampu buatkan wajah segar dan bersih.


3. SKRUB MUKA SANGAT PENTING
Wajib gunakan skrub wajah dua atau tiga kali seminggu untuk pastikan kulit sentiasa segar dan bersih. Kerana ianya baik untuk membuang sel kulit mati yang berada disekitar wajah. Bahkan ia mampu berikan kulit kelihatan seakan dilahirkan semula, dan sangat penting untuk keberkesanan skincaree yang anda pakai, pastikan memilih skrub berbiji halus dan lembut.


4. TONER MUKA
Penjagaan kulit yang sihat sebenarnya memerlukan hanya 15 minit daripada rutin harian anda dan pemakaian toner muka sangat penting!
Walaupun anda membeli produk kecantikan yang mahal harganya, tetapi jika anda tidak mengamalkan toner muka, semuanya akan menjadi sia-sia! Penyegar muka dicipta khas untuk menyegarkan dan menyejukkan kulit.
Ia mudah meresap ke dalam kulit apabila ia disapukan menggunakan kapas muka. Penggunaan toner muka adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan lebihan minyak pada permukaan kulit.


5. SERUM MUKA
Ramai yang sering meninggalkan step ini dalam penjagaan asas kulit, sedangkan ia penting demi kulit sihat sepanjang masa. Gunakan serum pada wajah kerana penggunaannya, kulit akan mampu menyerap lebih banyak vitamin dan mineral, bahkan ada serum yang mampu memberikan kulit lebih cerah dan berseri.


6. PELEMBAB MUKA
Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan. Majoriti pakar kulit mengesyorkan penggunaan krim khas untuk sekitar mata kerana kulit di bahagian mata tiada sebarang lemak tisu dan tipis. Jadi, risiko untuk kedutan muncul dengan cepat adalah tinggi mengikut usia. Dengan penggunaan krim mata mampu sedikit sebanyak menebalkan kulit di bahagian tersebut agar sentiasa muda.


7. KRIM PELINDUNG MATAHARI
Sebelum anda melangkah keluar dari rumah, pastikan anda sudah menggunakan krim pelindung cahaya matahari kerana sinaran terik matahari mampu merosakkan sel-sel kulit serta memberikan impak buruk pada wajah seperti jeragat, kedutan dan berisiko untuk terkena kanser kulit. Sekurang-kurangnya dengan SPF30 ia sudah mampu melindungi kulit dari bermasalah.


Kami Cantik Viral menjual Greentea Mint Face Scrub iaitu skrub berasaskan greentea + pappermint yang sejuk bak salju dan berbiji halus dan lembut. Ingin cuba? Tekan link dibawah

atau tekan di bawah






You Might Also Like

0 ulasan