MANFAAT SKRUB UNTUK KECANTIKAN KULIT WAJAH

Jumaat, Disember 01, 2017

SCRUB merupakan salah satu rutin kecantikan yang korang wajib buat dan amalkan secara mingguan. Moisturising dan membersih muka saja tidak cukup untuk kulit anda. Pembuangan sel kulit mati atau eksfoliasi sangat penting untuk merawat, memelihara dan meremajakan kulit anda.
Lapisan sel kulit mati yang tidak dibuang akan menimbulkan banyak masalah, seperti kulit kering, kusam, kulit mengelupas dan paling teruk infeksi kulit
Oleh itu, kita disarankan untuk melakukan proses eksfoliasi dengan skrub wajah secara rutin, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
Namun, pastikan anda menggunakan skrub yang khusus untuk wajah kerana skrub untuk wajah adalah lebih halus berbanding skrub untuk badan. Kulit wajah lebih halus dan sensitif berbanding kulit badan, sekaligus penggunaan skrub yang kasar boleh menyebabkan kerosakan dan kecederaan kepada kulit wajah kita. 
Di sini saya sharekan 6 manfaat skrub untuk kulit wajah kita
1. MEMBERSIHKAN WAJAH SECARA MAKSIMAL
Facial Wash atau make up remover yang anda pakai sebenarnya tidak mampu membersihkan semua debu dan kotoron yang melekat di wajah anda. Setelah seharian wajah kita terdedah kepada debu dan kotoran, scrubbing merupakan cara yang paling tepat untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulit kita.
Scrub mampu membersihkan kotoan hinga ke pori-pori anda. Cubalah skrub muka setiap minggu dan anda boleh perhatikan hasilnya 

2. MENGHALUSKAN KULIT
Scrubbing merupakan salah satu rutin yang ajaib kerana and boleh merasakan kesannya sesudah anda membasuh muka. Kulit terus terasa lembut, halus dan segar. Ini adalah kerana segala kotoran dan sel kulit mati yang selama ini terkumpul telah dibuang dengan bantuan skrub tersebut.

3. MEREMAJAKAN KULIT
Sel-sel kulit mati membuatkan kulit anda kelihatan kusam dan tua. Dan ini membuat anda kelihatan lebih tua. Dengan melakukan scrubbing secara teratur, anda akan mengalakkan proses regenerasi sel kulit baru. Oleh itu, anda akan sentiasa memiliki kulit yang muda dan sihat. Ucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam dan tua!

4. MENGHILANGKAN PARUT
Scrubbing membantu membuang sel-sel kulit mati, termasuk parut jerawat lama, sekaligus merangsang proses regenerasi kulit. Dengan skrub, anda dapat membantu mempercepatkan proses memudarkn parut hitam pada wajah. Dan dengan penggunaan yang konsisten, dapat menghilangkan terus parut tersebut.

5. MENGHALANG PEMBENTUKAN JERAWAT
Jerawat terhasil dari kotoran yang tersumbat di lapisan kulit wajah kita. Penggunaan pembersih atau facial wash saja tidak dapat membersihkan kotoran tersebut. Di sinilah skrub memainkan peranan mencuci hingga ke dasar kulit anda, sekaligus menghalang pembentukan jerawat.

6. PENYERAPAN NUTRISI YANG LEBIH OPTIMUM
Kulit yang tertutup dan tertimbun dengan kotoran dan sel kulit mati akan membuatkan kulit anda susah untuk bernafas dan menghalang kulit untuk menyerap segala nutrisi dan kebaikan dari produk kecantikan yang anda gunakan.
Dengan scrub, kulit anda lebih bersih dan sel kulit baru akan menyerap segala nutrisi lebih cepat dan optimun. Oleh itu, pastikan anda skrub dulu kulit sebelum menggunakan masker atau serum anda untuk mengoptimumkan penyerapan kebaikan dari produk tersebut.

So, make sure korang pilih skrub yang sesuai dan tepat untuk kulit anda. Or korang boleh cuba GREENTEA MINT FACE SCRUB , diformulakan dari Greentea, Peppermint, Almond Seed & Argan Oil. Dijamin selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan yang merbahaya. Mampu melembapkan kulit anda di samping memastikan kulit anda sentiasa bersih dan sihat.









Whatsapp kami di +6014 835 9116 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut
ATAU 
Follow Official Instagram kami @greenteamintfacescrub.HQ
ATAU
Like Official Facebook Page kami Cantik Viral

You Might Also Like

0 ulasan