KEBAIKAN GREEN TEA UNTUK KULIT

Jumaat, November 10, 2017

Pada asalnya, Green tea sangat popular di negara China & Jepun sebagai minuman harian mereka dan digunakan sebagai ubat untuk merawat segala jenis penyakit dari sakit kepala biasa hinggalah sakit kronik. So, tak pelik lar bila kita tengok mereka kekal sihat dan bertenaga walaupun sudah berusia.

Tapi sekarang, Green tea terkenal di seluruh dunia kerana memberi banyak kebaikan, manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan. 

Green tea mengandungi nilai Antioxidants yang tinggi, termasuk Amino Acids, Vitamin B, Folate, Manganese, Potassium, Magnesium dan Kaffein yang mana amat baik untuk kesihatan dan kecantikkan kulit.

Pada entry kali ini, kita just fokus kebaikan Green tea untuk kulit. Khas untuk korang yang suka menjaga kecantikan.



1. MENGURANGKAN LINGKARAN HITAM BAWAH MATA (DARK CIRCLE)

Kandungan Antioxidant di dalam Green tea membantu merawat masalah lebam bawah mata dan lingkaran hitam. Ia membantu mengecilkan salur darah di bawah lapisan kulit mata sekaligus mengurangkan lebam.

Tambahan pula, Vit K di dalam Green tea turut membantu mencerahkan lingkaran hitam di bawah mata anda.

2. ANTI PENUAAN

Green tea mengandungi antioxidant yang membantu melambatkan kesan penuaan seperti kulit kendur, garis halus, kedut, bintik hitam, jeragat dan kerosakan akibat cahaya matahari. 

Polyphenols yang terkandung di dalam Green tea turut menutrealkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan menpercepatkan kesan penuaan.

3. MERAWAT MASALAH JERAWAT

Green tea mengandungi Catechins yang merupakan agents Antibakteria yang melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat. Cathechins turut menstabilkan hormon di dalam badan anda, salah satu punca utama jerawat.

Selain itu, Greentea turut bersifat anti-keradangan yang membantu untuk mengurangkan kesan merah dan radang yang diakibatkan oleh jerawat. 

4. MERAWAT KULIT BERMINYAK

Green tea mampu mengawal pengeluaran minyak di kulit kita sekaligus mengelakkan kulit dari menghasilkan minyak berlebihan yang mengakibatkan jerawat.

5. MELINDUNGI KULIT DARI SINARAN UV

Green tea boleh melindungi kulit anda dari bahaya sinaran UV. Ia mengandungi Tannic Acid, Theobromine dan Polyphenols yang membantu melegaka dan merawat kulit terbakar akibat sinaran matahari.

6. ANTI-BAKTERIA

Green tea mengandungi Catechins yang merupakan agents Antibakteria yang melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat dan masalah kulit. Catechins adalah Antioxidant yang melawan dan menghalang kerosakan sel. 

7. MENGURANGKAN PARUT

Epigallocatechin gallate, ataupon EGCG, adalah salah satu Antioxidan yang terdapat di dalam Green tea. Fungsinya adalah untuk mengurangkan jerawat dan parut dengan menghapuskan bakteria dan mengurangkan kesan merah dan parut.



So, jangan tanya kenapa kami memilih Greentea sebagai Bahan Utama dalam skrub kami. Perbagai kajian telah kami lakukan sebelum memilih Green tea sebagai bahan utama dan Alhamdullilah pilihan kami tepat. Banyak feedback dan testimoni positif dari customer kami yang dah cuba skrub kami.

Untuk korang yang ada masalah kulit, belum terlambat untuk cuba Greentea Mint Face Scrub untuk pulihkan kembali kulit anda 

You Might Also Like

0 ulasan