TIPS HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT & SELAMAT

Rabu, Oktober 25, 2017

Jerawat kat muka ni suka sangat menempel especially bila datang bulan. Besar-besar, merah-merah pula tu. Aiii, nak keluar rumah pun segan uolls 

Sakit berdenyut tak payah nak katalah. Bila jerawat menempel, tangan ini mulalah sibuk nak picit-picit bagi pecah. Geram melihatnya 

TAPI JANGANNNNN! Kalau korang taknak parut hitam better jangan. Keburukan picit jerawat ialah jerawat akan pecah dan bakteria dia boleh merebak ke tempat lain pula. Hasil dia, lagi banyak jerawat and parut hitam. Adeihhhh 

Korang yang ada masalah yang sama. Jangan risau, jangan stress. Hari nie meh saya share tips hilangkan jerawat dengan cepat dan selamat 

TIPS PERTAMA : BAWANG PUTIH


Semua orang mesti ada Bawang Putih kan kat dapur. Pergi dapur dan ambil seulas bawang putih. Potong bawang putih dan sapu pada mata jerawat. Kalau rajin nak tumbuk pun boleh, kemudian sapu kat jerawat. Inshaallah boleh hilang jerawat tuh sebab bawang putih terkenal dengan sifat antibiotik semulajadi yang boleh melawan segala jenis bakteria, termasuk bakteria yang mengakibatkan jerawat.

Tapi untuk kulit yang sensitif tak dinasihatkan guna bawang putih nie sebab bawang putih ini boleh buat kulit kita jadi panas, nanti ada iritasi pada kulit. Makin teruk pulak jerawat nanti 


TIPS KEDUA : UBAT GIGI



Petua sapu ubat gigi ini saya terbaca ada kawan saya share hari tuh. Berdenyut-denyut jugalah bila sapu ubat gigi. Sapu sikit ubat gigi kat jerawat, nanti jerawat akan kecut sendiri. Tak kisah lar jenama apa, jangan pakai kodomo lion sudahh. Jerawat tak hilang, semut pulak datang nanti 


TIPS KETIGA : KAYU MANIS + MADU


Campurkan 2 sudu besar madu dengan sedikit serbuk kayu manis. Serbuk kayu manis ni, just tumbuk kayu manis sebatang tu pun dah ok. Kemudian sapu kat muka. Biar 5-10 minit, pastu cuci dengan air suam. Madu bersifat antibakteria dan kelikatan madu dikatakan boleh menarik keluar kotoran jerawat.


Tapi cara yang paling saya suka adalah yang seterusnya ..... 

TIPS KEEMPAT : GREENTEA MINT FACE SCRUB


Yang nie paling berkesan bagi saya. Amik sedikit Greentea Mint Face Scrub, and calit jer sekeliling jerawat tuh, pastu biarkan jer, bangun pagi esok dah kecut jerawat tuh 

Tak perlu nak tumbuk, nak campur apa-apa ker, just calit and biarkan. Greentea memang femes dengan fungsi dia untuk Menghilangkan jerawat 

Yang kulit sensitif pon tak perlu risau, sebab Greentea Mint Face Scrub nie memang diformulasikan untuk semua jenis kulit 


Harap tips-tips di atas dapat membantu masalah korang 


















tTATTTTATXGBSH

You Might Also Like

0 ulasan